Assalamualaikum
dan salam ekonomi buat semua yang di luar sana.
Nampaknya
bulan lalu Malaysia telah dihangatkan dengan pelbagai isu berkaitan ekonomi
masyarakat awam. Isu kenaikan harga minyak dan baru-baru ini bajet 2015 telah dibentangkan.
Inilah bukti betapa ilmu ekonomi ini sangat sinonim dengan kehidupan seharian
kita. Macam mana lari sekalipun, tidak dapat dielakkan. Namun, topik yang ingin
diketengahkan pada hari dan ketika ini adalah tentang ‘tapak’ dalam dunia
perbankan Islam iaitu prinsip MUDHARABAH.
Mudharabah?
Apa tu mudharabah?
Sesungguhnya
mudharabah bukanlah sejenis kuih mahupun makanan ruji masyarakat Malaysia,
melainkan satu konsep yang digunapakai seantero industri perbankan. Secara
bahasanya, perkataan mudharabah diadaptasikan daripada istilah arab iaitu, الضرب في الأرض
yang membawa maksud permusafiran. Sebagaimana firman Allah S.W.T. di dalam
Al-Quran:
((وآخرون يضربون في الأرض يبتغون من فضل الله...)) المزمل:20
Maksudnya: (Dan orang-orang yang
berjalan di muka bumi mencari sebahagian kurniaan
Allah…) Al-Muzzammil:
20
Kenapa
musafir?
Dinamakan
konsep ini sebegitu rupa adalah kerana lazimnya manusia bermusafir untuk
mencari barang dagangan, menjualnya serta mendapat keuntungan daripada aktiviti
jual beli sepanjang permusafiran itu. Maka, bertepatan dengan konsep mudharabah
yang turut terkait dengan untung rugi dalam berjual beli, mudharabah boleh
dikatakan sebagai satu ‘permusafiran’ harta daripada tangan pemiliknya kepada
orang lain untuk diuruskan.
Jadi
secara istilahnya?
Secara
istilah, mudharabah berfungsi dengan seorang pemilik harta menyerahkan hartanya
kepada orang lain untuk diurus dan diniagakan yang mana keuntungan yang
didapati daripada harta tersebut akan dikongsi bersama. Secara
pembahagian keuntungan antara pemilik harta dan pengusaha.
pembahagian keuntungan antara pemilik harta dan pengusaha.
Apakah
hukum mudharabah?
1. Daripada sebuah
hadis yang diriwayatkan oleh Dar al-Qutni[1]
كان يشترط على الرجل إذا أعطاه مالا مقارضة
فضرب له به ألا تجعل مالي في كبد رطبة ولا تحمله في بحر ولا تنزل به في بطن مسيل
فإن فعلت شيئا من ذلك فقد صمنت مالي
Maksudnya: “Telah
mensyaratkan seorang sahabat ke atas seorang lelaki yang diberikan bantuan
kewangan secara qirad (mudharabah), agar tidak memperniagakan modal tersebut
pada binatang bernyawa, tidak membawanya ke laut dan tidak membawanya
mengharungi banjir. Jika engkau melakukannya maka engkau (pengusaha) hendaklah
menjamin hartaku (modal yang diberi).”
2. Al-Abbas bin
Abdul Mutalib, apabila memberi modal secara mudarabah, beliau akan mengingatkan
pengusaha supaya tidak mengambil jalan laut, tidak menuruni lembah dan tidak
membeli benda bernyawa. Jika perkara tersebut dilakukan, pengusaha perlu
menjamin modalnya. Hal ini dibawa kepada Nabi SAW dan baginda menyetujuinya.[2]
3. Qirad atau
mudarabah ini telah berlaku sejak zaman jahiliyyah lagi. Apabila wujud orang
yang berharta tetapi sakit dan tidak mampu menguruskan hartanya, harta itu
diberikan kepada usahawan untuk diurus dengan nisbah tertentu. Hal ini
kemudiannya dipersetujui oleh Nabi SAW melalui taqrir (Baca: pengakuan)
baginda.[3]
Apakah rukun dan syarat sesuatu akad mudharabah?
Rukun / syarat
|
Penerangan
|
Pemilik Modal (rabbul mal)
|
Semua syarat biasa bagi jual beli juga
seperti cukup umur,pilihan sendiri dan lain-lain.
|
Pengusaha (Mudarib)
|
Semua syarat biasa bagi jual beli juga
seperti cukup umur dan kelayakan.
|
Modal (raksul mal)
|
-
Mestilah wang,emas atau perak(majoriti).(Al kasani,al-syarbini,ibn
qudamah)-Ibn Abi Layla dan AAOIFI setuju aset juga boleh. (Bidayatul
mujtahid, 2/237, Al-rawdah al-Nadiyah,5/117)
-
Diketahui modalnya dan spesifik jumlahnya.Jika ada dalam bentuk aset
hendaklah diketahui nilai harganya pada hari perjanjian tersebut dibuat.
-
Sempurna serahan kepada mudarib.
|
Untung dan rugi
|
-
Dimaklumkan kadar nisbahnya dalam akad secara umum seperti 80:20
daripada untung sebenar.
-
Untung tidak boleh dijamin oleh pengusaha.Modal boleh dijamin oleh
pihak ketiga sahaja.
-
Kerugian wang ditanggung oleh pemodal,rugi masa ditanggung oleh
penguaha kecuali jika akibat cuai,semua ditanggung oleh pengusaha.
|
Sighah
|
-
Ijab dan qabul,sebagaimana syarat jual beli biasa seperti
jelas,difahami dan lain-lain.
|
Perniagaan dan kerja
|
-
Tidak terhad kepada perniagaan jenis jual beli sahaja kecuali Syafie.
(Tuhfatul Muhtaj, 6/68)
-
Termasuklah pelaburan atas perlaburan (two tier mudharabah) menurut
majority kecuali Syafie.
|
Apakah
perkara yang perlu diberikan perhatian lebih apabila kontrak mudharabah
dilaksanakan?
# Akad,kerja
dan modal.
1. Persetujuaan dua
atau lebih pihak.
-
Satu pihak menyediakan modal .
-
Satu pihak menyediakan memberikan kepakaran,kerja dan
khidmat.
2. Modal bagi
mudharabah tidak boleh dalam bentuk hutang.[4]
3. Pihak pengusaha
tidak boleh mengambil upah kerja daripada pemberi modal ketika ia melakukan
kerja mudharabah, kecuali jika ia melakukan kerja tambahan di luar kontrak
mudhrabah.
-
Pengusaha hanya berhak menerima sesuatu daripada
kontrak di akhir kerjanya bukan sewaktu ia melakukan kerja.
-
Mazhab Hanafi dan Majlis Syariah AAOIFI membuat
resolusi harus bagi pengusaha untuk menuntut kos perjalanan berdasarkan uruf.
-
Mazhab Hanbali menyatakan harus
pengusaha mengambil kos makanan seharian sahaja.[5]
4. Pemberi modal
tidak boleh masuk campur dalam urusan kerja penguasaha kerana ia akan
merosakkan akad mudharabah.
-
Mereka dibenarkan melakukan pemantauan sekali sekala
atau melantik juruaudit untuk menyemak pelaksanaan berada atas landasan yang
betul.
-
Mereka tidak boleh mengganggu keputusan perniagaan
yang merupakan kepakaran pengusaha (mudarib).
5. Modal tidak
boleh dijamin oleh pengusaha menurut pendapat majoriti ulama termasuk 4 mazhab
yang utama.
Ia hanya boleh dijamin jika :
a) Pengusaha dibuktikan
melanggar syarat atau cuai.
b)
Dijamin pihak ketiga yang tidak
mempunyai kaitan dengan pengusaha atau boleh mempunyai kaitan tetapi mestilah
kurang daripada 30% sahaja pemilikan
pengusaha dalam syarikat yang menjamin. Demikian resolusi Majlis Fiqh
Antarabangsa OIC,Majlis Syariah AAOIFI dan Majlis Syariah Bank Negara Malaysia.[6]
6. Kontrak
mudharabah bukanlah akad mengikat (binding atau lazim) kecuali dalam dua
keadaan iaitu:
a) Apabila
pengusaha telah memulakan kerjanya.
b) Kedua-dua pihak
bersetuju sehingga sampai satu tempoh,mereka akan sama-sama terikat dan tidak
boleh keluar kecuali dengan izin pihak yang lain.[7]
# Keuntungan
dan kerugiaan.
1. Keuntungan tidak
boleh dijamin :
-
Sama ada dalam bentuk jumlah tetap seperti RM 200 000
atau nisbah modal seperti 10% daripada modal.
-
Dibenarkan hanyalah nisbah pembahagian yang
disandarkan kepada keuntungan sebenar sama ada yang dikira setiap bulan,suku
tahun atau secara tahunan.
2. Nisbah
keuntungan yang wajib disepakati.
-
Disepakati pada awal kontrak.
-
Boleh diubah pada pertengahan kontrak berdasarkan
kesepakatan kedua belah pihak.
3. Kedua-dua pihak
boleh bersepakat jika:
-
Keuntungan melepasi satu tahap yang ditetapkan.
-
Contohnya RM 2 juta, dan jumlah untung diperolehi
adalah RM 2.1 juta.Baki keuntungan iaiti RM 100000 itu akan automatic diberikan
kepada pengusaha sebagai
-
contoh atau pemilik modal berdasarkan perjanjian
mereka. Ia adalah dibenarkan dengan syarat kedua-duanya sepakat secara reda.
Apakah
bentuk pengaplikasian mudhrabah dalam produk kewangan islam?
# Akaun
Semasa
# Akaun
Pelaburan Khas
# Insurans
Islam (takaful)
# Penerbitan
bon islam (sukuk)
# Pembiayaan
korporat
# Pembiayaan
modal kerja (Working Capital Financing)
# Pelaburan
antara Bank
# Pembiayaan
projek.
SEMOGA BERMANFAAT SELAMANYA :)
[1]
Riwayat Dar al-Qutni. Sohih menurut Imam al-Syawkani
[2]
Panduan Perbankan Islam, Dr. Zaharuddin, Sunan Baihaqi, 6/111
[3]
Panduan Perbankan Islam, Dr. Zaharuddin, Al-Muhalla, Ibn Hazm, 9/116
[4]
Al-Ma’ayir al-Syariah, halaman 24
[5]
Al-Fiqh ‘ala al-Mazahib al-‘Arba’ah, al-Jaziri, 2/862; al-Ma’ayir al-Syariah,
halaman 226
[6] Al-Mughni,
5/187; Bidayatul Mujtahid, 2/305; Resolusi Syariah, hlm 56; OIC Majallah Majma
Fiqh Islami, bil. 4 jilid 3 halaman 1875
[7]
Al-Ma’ayir al-Syariah, halaman 223
By: Aya Sophia & Grotesque
Irbid, Jordan
1 November 2014
20:45 hour
By: Aya Sophia & Grotesque
Irbid, Jordan
1 November 2014
20:45 hour
No comments:
Post a Comment